Isnin, 8 Oktober 2018

Assalamualaikum wbt......

Lama rasanya mommy tak jumpa sahabat2 mommy dalam ni kan.....? Apa khabar semua...? Mommy harap semuanya sihat walafiat dalam menjalani ibàdah puasa di bulan mulia..

Turun naik bila dah jadi surirumah ni buat mommy lama tak menyapa semua. Kehidupan bertambah sibuk bila mempunyai anak2 yang sudah memasuki alam persekolahan. Tambah pula kelas sampai petang. Perancangan hanya untuk anak-anak. Dalam kepala, anak adalah yang utama. Mommy2 diluar sana macam mana?

Mommy2 dah buat persediaan untuk beraya ke? Mommy macam biasa.. 2 tahun mommy berniaga dibazaar raya.. segalanya tunjuk-tunjuk, tahun ni.. mommy tak masuk bazaar... fokus tuk anak. Semuanya main online ja... berniaga online. So tahun ni semua boleh buat. In syaa allah.

Semoga sama-sama kita mencari rezeki yang berkat

Khamis, 23 Jun 2016

EMAS UNTUK SEMUA

✍🏻Perkongsian hari ini..

_*Fungsi Emas untuk Semua Golongan*_

1.  *Untuk kanak-kanak*

Emas berfungsi sebagai Tabungan Pendidikan mereka. Bila mereka nak sambung belajar di peringkat lebih tinggi. Mereka tak perlu berhutang dgn PTPTN. Hanya jual aset emas yang di simpan. Hidup bebas tanpa hutang.

2. *Untuk student di peringkat IPTA/IPTS*

Emas berfungsi sebagai tabungan masa depan untuk dijadikan hantaran kahwin, pembelian rumah, pembiayaan semula PTPTN (jika ada buat loan sblm ni) dan modal permulaan perniagaan

3. *Untuk Ibu bapa*

Emas berfungsi sebagai insuran kecemasan. Sekiranya berlaku kemalangan seperti rumah terbakar, ibubapa atau anak sakit, kereta rosak dan sewaktu dengannya. Mereka boleh gunakan emas sebagai back up dalam kehidupan. Pajak atau jual emas untuk menampung keperluan disaat kecemasan.

4. *Untuk golongan Tua*

Emas berfungsi sebagai tabungan untuk menunaikan haji/umrah. Atau pertukaran aset seperti tanah dan juga rumah.

5. *Untuk golongan bisnes/usahawan*

Emas berfungsi sebagai dana kewangan untuk rolling bisnes anda. Gunakan emas yang di simpan sebagai pusingan modal perniagaan anda.

6. *Untuk golongan umum*

Emas boleh dijadikan hadiah untuk mereka yang tersayang.

Rabu, 22 Jun 2016

ELAK BOCOR

Assalamuallaikum & selamat petang😊

🎉Emas Mengelakkan ‘Kebocoran💥

Apakah maksudnya?

Simpanan emas telah membuatkan kita membekukan wang kertas dalam bentuk logam berharga yang diiktiraf di seluruh dunia. Malah di dalam Al-Quran juga disebut mengenai emas dan perak berulang kali menunjukkan ia bukanlah sebarangan logam sebaliknya logam yang berharga (precious metal).

Peringatan juga diberi kepada yang menyimpan emas dan perak namun tidak berzakat. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Tidak ada seorang pun yang mempunyai emas dan perak yang tidak menunaikan zakatnya, melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka. Setelah dipanaskan, digosokkan lambung, dahi dan belakangnya. Setiap kali ia sejuk, dipanaskan semula pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hamba-Nya.”

Menyimpan emas tidak menjanjikan anda pulangan bulanan namun ia menjamin kewangan anda di masa hadapan. Emas tidak boleh membuatkan anda kaya serta-merta tetapi ia mengelakkan anda dari terus miskin.

Simpanan emas menyelamatkan kewangan anda dimakan inflasi.

Tahukah anda berapa peratus inflasi yang berlaku setiap tahun? Inflasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila barang-barang di sekeliling kita perlu dibayar lebih wang kertas untuk anda memilikinya. Jika dahulu anda boleh membeli banyak barang dengan RM50, sekarang wang dengan nilai yang sama hanya mampu membeli beberapa barang sahaja.

Wang kertas semakin susut nilai kerana ia matawang yang tidak bersandarkan apa-apa. Negara kapitalis boleh mencetak wang fiat ini sesuka hati mereka dan merompak harta benda di seluruh dunia. Dalam masa yang sama merekalah penyimpan emas yang terbanyak. Mereka membuatkan anda, malah kita semua percaya wang merekalah yang paling berharga.

Setiap kali harga emas melambung, ia menunjukkan betapa lemahnya wang kertas. Wang kertas ini semakin hari semakin susut nilainya. Mahukah anda menyimpan kertas yang semakin lama semakin tidak berharga?

Ya, pasti ramai yang akan katakan "mana boleh hidup tanpa wang kertas".

Baca lagi dahulu fakta seterusnya.

Sedarkah anda wang kertas adalah debu-debu riba yang terpaksa kita gunakan pada hari ini? Ini yang disebut-sebut oleh pejuang dinar dan dirham yang tidak kenal erti penat dan lelah dalam usaha menyebarkan tentang peranan Dinar dan Dirham (DnD)

Jadi, dengan meyimpan emas, anda sedang berusaha untuk menukarkan wang kertas anda kepada emas dan perak dan hanya tinggalkan sedikit wang kertas untuk keperluan. Wang kertas masih diperlukan sebagai medium pertukaran on the spot untuk membeli barang-barang dan keperluan lain.

Namun, sekarang telah ada pihak-pihak yang menerima Dinar dan Dirham dalam transaksi bisnes mereka.Alhamdulillah.

Simpanan emas ada auranya sendiri, sekali anda bermula,anda pasti ingin menyimpannya lagi. Ia beranak pinak dan semakin bertambah dari semasa ke semasa.

TRY AND ERROR

Assalaamualaikum wbt...

Apa khabar sahabat2 mommy.... mommy harap semuanya sihat. Macam mana hari ni.? Mommy2 masak ape untuk berbuka? Semoga Allah mudahkan urusan mommy2 diluar sana..

Harini mommy nak share satu resepi berbuka.. tapi mommy xde nama lagi tuk masakan ni..

Isi ikan dowry,brocolli, terunh goreng.. kuah nye masam2 like tomyam tapi bukan tomyam... hurm nanti mommy fikirkan nama masakan. Selamat berbuka puasa buat semua.

Isnin, 20 Januari 2014

jalan jalan

It's time........
sepuluh bulan nie.... dah boleh jalan tapi tak der brek!
merajuk with mummy n daddy taknak tido cz nak practise jalan ;)

time nie lak dah 1tahun.....
sudah boleh jalan macam abang....dah pandai brek!!hehehe n dah pandai mintak
nak pakai kasut. mylittleHayfa
:)